PENGENALAN
Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak lelaki dan perempuan akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya termasuk pendidikan seks adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka.
Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimah yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi.
Bengkel ini terbuka untuk anak-anak PEREMPUAN berumur 10 hingga 13 tahun. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Kehadiran ibu sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu dan anak.
OBJEKTIF
1. Memberi maklumat kepada anak-anak perempuan mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
2. Menyedarkan anak-anak perempuan tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
3. Memberi kesedaran kepada anak-anak perempuan tentang penderaan seks.
4. Memberi kesedaran kepada anak -anak perempuan tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
5. Membuka jalan kepada para ibu untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di event page Bengkel Aqil Baligh (Perempuan) di Facebook.
Untuk mendaftar, sila isi borang online
atau hubungi 03-4256 6810.
0 comments:
Post a Comment