Buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' SUDAH TERBIT!

 Buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' cetakan kedua
SUDAH TERBIT!

Buku ini merupakan kompilasi morning talk diberikan oleh Allahyarham Prof. Muhammad Al'Mahdi kepada anak-anak Khalifah Model School. Pengalaman beliau dalam bidang psikologi klinikal dan kanak-kanak membolehkan beliau berkomunikasi dengan kanak-kanak sehingga membuat mereka berfikir tentang tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Dengan ini, kanak-kanak mampu menguruskan tingkah laku mereka di sekolah dan di rumah dengan lebih baik.

Buku ini sesuai dibaca kepada kanak-kanak setiap hari, pada waktu pagi atau sebelum tidur. Topik-topik yang diceritakan di dalam buku ini merupakan peringatan dan nasihat berharga, penting untuk kanak-kanak mahupun mereka yang sudah dewasa.


Harga buku ini adalah RM10.00 di Malaysia Barat dan RM12.00 di Sabah & Sarawak. Untuk membuat pembelian, sila hubungi 03-4256 6810.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...