Kaedah Khalifah: Cara Berkesan Mendidik Anak Cemerlang

Tiga langkah mudah Kaedah Khalifah

Berikut adalah tiga perkara yang anda harus lakukan dengan konsisten dan berterusan setiap hari, untuk memastikan anak anda menjadi Khalifah Allah yang cemerlang - di mana mereka cintakan segala suruhan Allah, dan jauhi segala larangan-Nya:

Langkah 1: Tanam dalam diri anak-anak mahu jadi Khalifah Allah yang sejati. Lakukannya dengan cara yang boleh menimbulkan perasaan dalam hati mereka bahawa ini adalah satu penghormatan yang besar dan tanggungjawab yang menyeronokkan. Terangkan kepada anak-anak anda tiga tanggungjawab Khalifah Allah iaitu:

1) Jadikan diri baik
2) Bantu orang lain jadi baik
3) Jadikan alam sekeliling bersih, indah dan sejahtera

Sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, dengan cara yang positif dan berbeza-beza ingatkan anak anda yang dia adalah seorang Khalifah Allah.

Langkah 2: Perkukuhkan tabiat baik melalui ganjaran. Lakukan sekurang-kurangnya beberapa kali sehari, dengan cara yang berbeza-beza, berikan ganjaran berupa kata-kata penghargaan, perhatian dan kasih sayang untuk perkara baik yang anak-anak lakukan atau perkara buruk yang mereka tinggalkan.

Langkah 3: Sediakan peraturan yang jelas supaya anak-anak tahu dan faham apa yang mereka boleh buat dan apa yang mereka perlu jauhi. Laksanakan peraturan dengan tegas tetapi secara lembut iaitu tanpa kekasaran dan cemuhan.

Langkah-langkah di atas mungkin kelihatan terlalu mudah berbanding matlamat yang ingin dicapai, tetapi setiap ibu bapa yang mencubanya dengan betul dan istiqamah dapat melihat perubahan anak-anak. Anak-anak mudah diurus dan yang lebih pentingnya dengan kaedah ini mereka sendiri akan pilih untuk berbuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.



1 comments:

Aainaa Mardhiah Razali said...

tulisan xnampak. mungkin boleh tukar colour supaya ianya boleh dibaca. Terima kasih =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...